KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan siapa yang didakwa memaksanya menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 3 Ogos lepas.
Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata persoalan itu masih belum terjawab meskipun Ismail mengeluarkan kenyataan tujuh halaman berhubung isu tersebut.
“Kenyataan tujuh halaman hari ini masih menegaskan kerajaan tidak menentukan siapa menaiki atau meninggalkan takhta dan perkara tersebut perlu melalui institusi yang mempunyai bidang kuasa.
“Tetapi ia masih tidak menjelaskan perubahan pendirian Menteri Besar sendiri…Betulkah anda (Ismail) dipaksa menandatangani proklamasi pada 3 Ogos? Jika benar, siapa yang memaksa anda?” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Ismail menegaskan beliau dan barisan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak pernah membuat keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, sebaliknya hanya membincangkan pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat.
Tengku Zafrul berkata isu tersebut bukan perkara kecil memandangkan seorang Menteri Besar mendakwa dipaksa menandatangani dokumen berkaitan kedudukan Raja, malah turut membuat laporan polis mengenainya.
Beliau berkata Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos sebelum menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan penurunan takhta berkenaan sehari kemudian.
“Namun lebih sebulan selepas tandatangan itu, pada 6 Sept, Ismail masih menyatakan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
“Pada 9 Sept, beliau berkata tandatangan pada proklamasi itu dibuat tanpa rela hati dan secara paksaan. Kerajaan Negeri ketika itu berpendirian proklamasi tersebut tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan,” katanya.
Tengku Zafrul turut mempersoalkan apa yang berubah sehingga mesyuarat Exco yang dipengerusikan Ismail pada 15 Sept kemudiannya dikatakan mengambil pendirian proklamasi berkenaan sah dan berkuat kuasa.
“Apakah yang menyebabkan perubahan pendirian itu? Adakah anda juga dipaksa sepertimana dakwaan anda semasa menandatangani Proklamasi? Jika terdapat tekanan untuk mengubah pendirian anda, siapa yang terlibat dan siapakah yang anda temui dalam tempoh tersebut?” soalnya.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.