ACMROCH 2026 Lakar Sejarah: Ipoh Accord Pacu Kerjasama ASEAN-China Ke Arah Bandar Mampan & Perumahan Berkualiti

IPOH, 1 OGOS 2026 – Malaysia melakar satu lagi sejarah penting apabila berjaya memuktamadkan Ipoh Accord sebagai hasil strategik utama ASEAN-China Ministerial Roundtable on Construction and Housing (ACMROCH) 2026, sekali gus memperkukuh komitmen Negara-Negara Anggota ASEAN dan Republik Rakyat China dalam memacu pembangunan bandar mampan, penyediaan perumahan berkualiti serta pembinaan komuniti yang bersatu padu.

ACMROCH 2026 yang berlangsung di Ipoh, Perak pada 1 hingga 2 Ogos 2026 menghimpunkan Menteri-Menteri, pegawai kanan kerajaan serta delegasi Negara-Negara Anggota ASEAN dan Republik Rakyat China dalam satu platform dialog strategik bertemakan “Bandar Mampan, Perumahan Berkualiti, Komuniti Bersatu Padu”.

Sepanjang persidangan, para delegasi mencapai persefahaman bahawa cabaran seperti pembandaran pesat, perubahan iklim, peningkatan kos sara hidup, kemampuan memiliki perumahan serta keperluan terhadap infrastruktur bandar yang berdaya tahan memerlukan pendekatan yang lebih bersepadu melalui kerjasama serantau yang praktikal, inklusif dan berorientasikan tindakan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming berkata, “Kejayaan memuktamadkan Ipoh Accord membuktikan komitmen bersama ASEAN dan Republik Rakyat China untuk bergerak daripada dialog kepada tindakan.

“Malaysia berbangga menjadi pemudah cara kepada kerjasama strategik yang akan memacu pembangunan bandar mampan, penyediaan perumahan berkualiti serta pembinaan komuniti yang lebih bersatu padu demi kesejahteraan rakyat di rantau ini.”

Ipoh Accord bukan sekadar dokumen konsensus, malah menjadi kerangka tindakan bersama ASEAN dan Republik Rakyat China dalam mendepani cabaran pembandaran yang semakin kompleks.

Dokumen ini menggariskan tiga (3) keutamaan yang saling memperkukuh, iaitu kecekapan tenaga, perumahan berteraskan nilai serta keharmonian komuniti. Ia turut menggalakkan penggunaan teknologi pintar, reka bentuk responsif iklim, kaedah pembinaan inovatif dan bahan binaan rendah karbon bagi mewujudkan bandar yang lebih mampan serta berdaya tahan.

Selain itu, Ipoh Accord mengiktiraf perumahan sebagai pelaburan sosial jangka panjang yang bukan sahaja dinilai daripada kos pembinaan, malah turut menitikberatkan aspek kualiti, kebolehtahanan, kebolehcapaian, penyelenggaraan, kecekapan penggunaan utiliti serta keselesaan untuk didiami. Dokumen ini juga memberi penekanan kepada pembentukan kejiranan yang selamat, inklusif dan mudah diakses bagi memperkukuh kesejahteraan sosial, meningkatkan kepercayaan dalam komuniti serta memperkukuh daya tahan masyarakat.

Antara pencapaian utama ACMROCH 2026 ialah:

i. Pemuktamadan dan Penerimaan Ipoh Accord sebagai hasil strategik utama ACMROCH 2026 yang menjadi asas pengukuhan kerjasama jangka panjang ASEAN-China dalam bidang pembinaan, perumahan dan pembangunan bandar dengan memberi penekanan kepada empat bidang utama iaitu bandar mampan, perumahan berkualiti, komuniti bersatu padu dan kerjasama serantau.

ii. Pengukuhan Kerjasama Tiga (3) Dimensi iaitu kerjasama antara kerajaan melalui perkongsian dasar dan amalan terbaik, kerjasama industri menerusi penerapan teknologi, inovasi dan penyelesaian mampan serta kerjasama antara bandar melalui pertukaran pengalaman ke arah membangunkan bandar yang lebih inklusif, berdaya huni dan berdaya tahan.

Sebagai hasil utama ACMROCH 2026, Ipoh Accord turut memperkukuh peranan persidangan ini sebagai platform praktikal bagi pertukaran dasar, perkongsian pengetahuan, pertukaran teknikal serta pengukuhan kerjasama yang saling memberi manfaat antara Negara-Negara Anggota ASEAN dan Republik Rakyat China.

Kejayaan ini mencerminkan kepimpinan Malaysia dalam menghimpunkan rakan-rakan serantau ke arah merealisasikan aspirasi bersama membangunkan bandar yang mampan, menyediakan perumahan berkualiti serta membina komuniti yang lebih inklusif, berdaya tahan dan sejahtera.

Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Negara-Negara Anggota ASEAN, Republik Rakyat China, Sekretariat ASEAN, para delegasi, Pihak Berkuasa Tempatan, rakan strategik dan pemain industri serta semua kementerian, jabatan dan agensi yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan penganjuran ACMROCH 2026.

Kejayaan ACMROCH 2026 dan pemuktamadan Ipoh Accord bukan sahaja melakar sejarah baharu dalam kerjasama ASEAN-China, malah menjadi asas kukuh kepada pelaksanaan inisiatif bersama yang mampu memacu pembangunan bandar mampan, penyediaan perumahan berkualiti dan pembentukan komuniti yang lebih inklusif, berdaya tahan serta sejahtera demi manfaat rakyat di seluruh rantau.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Similar Posts