Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus. Kredit: Bernama
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Polis memusnahkan sebuah kotak plastik mencurigakan yang ditemukan di hadapan sebuah kedai di Sri Petaling di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 33 tahun pada 12.57 tengah hari dan pemeriksaan awal mendapati kotak itu menunjukkan bacaan radiasi agak tinggi.
Susulan itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur; Unit Persenjataan Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan (CBRE) Bukit Aman serta Agensi Nuklear Malaysia digerakkan ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.
“UPB menggunakan peralatan Recoilless Disruptor 5.0 untuk memusnahkan kotak itu. Pemeriksaan terhadap kotak yang dimusnahkan menemukan beberapa kotak mengandungi barangan berbentuk blok binaan berwarna-warni,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata pemeriksaan susulan oleh Jabatan Tenaga Atom mengesahkan tiada bacaan radioaktif dikesan di lokasi kejadian.
Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Fadil menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran dan mengancam ketenteraman awam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-21159999, Hotline Polis Brickfields 03-22979222 atau balai polis berdekatan.
— BERNAMA
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.