Usaha melahirkan barisan pemimpin pelapis dalam institusi pendidikan tinggi terus diperkasa menerusi program KARISMA yang menghimpunkan pensyarah dan pentadbir muda bagi membentuk kepimpinan berilmu, berintegriti serta bersedia menggalas amanah.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, program berkenaan diwujudkan sejak beliau menerajui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membangunkan bakat kepimpinan dalam kalangan pensyarah dan pentadbir muda institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, beliau menghadiri Konvensyen KARISMA Pemimpin Muda IPT 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, bersama 1,000 pensyarah dan pentadbir muda bagi mendengar pandangan serta aspirasi mereka mengenai masa depan pendidikan tinggi negara.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Menurut Zambry, lima resolusi yang diserahkan kepadanya memberi tumpuan kepada latihan kepimpinan secara menyeluruh, program sangkutan di industri dan agensi berkaitan KPT, penglibatan komuniti, pembinaan jaringan industri serta pelan penggantian kepimpinan yang tersusun.

Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa kepimpinan memerlukan matlamat yang jelas, kekuatan nilai dan rasa tanggungjawab bersama.

Katanya, jawatan merupakan satu amanah, manakala kejayaan sesebuah institusi bergantung pada kerjasama seluruh warganya.

Beliau turut menekankan kepentingan pemikiran kritis, nilai kemanusiaan dan pertimbangan etika ketika kecerdasan buatan (AI) serta teknologi semakin mempengaruhi kehidupan.

“Kita mahu melahirkan pemimpin yang kuat ilmu dan keperibadiannya iaitu melalui pembentukan ‘otak dan watak’,” katanya.

Selain itu, Zambry menggalakkan peluasan program mobiliti antarabangsa bagi pensyarah muda untuk membolehkan mereka membina jaringan, memperkaya pengalaman serta membawa pulang idea yang memberi manfaat kepada institusi dan negara.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan UPSI atas penganjuran konvensyen berkenaan.

Pada majlis sama, beliau berkesempatan melancarkan buku Kepimpinan Hadhari yang mengetengahkan gagasan kepimpinan berteraskan nilai dalam pendidikan tinggi.

Zambry berharap program KARISMA dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai pensyarah dan pentadbir muda berkaliber di setiap IPT.


PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Similar Posts